Kerana tiada wang untuk makan, membuatkan sesiapa sahaja akan melakukan sesuatu yang di luar batasan.

Jadi, tidak hairanlah jika kita mendengar dan membaca laporan individu terpaksa mencuri demi mengisi perut yang kelaparan.Iklan

Namun, jika ia melibatkan warga emas yang berbuat demikian gara-gara kesempitan hidup.

Kisah yang berlaku di Pasar Mandiraja, Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini cukup menyedihkan apabila seorang wanita yang layak dipanggil nenek diperlakukan seperti haiwan gara-gara cuba mencuri duit.

Ceritanya bermula apabila warga emas tersebut ditangkap selepas cubaan untuk menyeluk saku seorang peniaga di pasar itu.Iklan

Pun demikian, cubaannya gagal dan dia lantas melarikan diri.

Malang nasibnya apabila orang ramai yang menyedarinya berjaya menangkap dan memukulnya tanpa belas kasihan.

nenek curi

Video yang tular di media sosial itu turut dilaporkan kompas.com.

Menurut laporan portal terkenal Indonesia itu, leher warga emas berkenaan dijerut dengan tali selain dihambur dengan kata-kata kesat.

Lebih menyedihkan, keadaan nenek yang disoal siasat pengunjung dan peniaga pasar tersebut secara kasar sehingga kepalanya terhentak akibat tudungnya ditarik dengan ganas.

nenek curi

Hasil siasatan mendapati, wanita yang datang sehelai sepinggang dan memakai tudung hijau datang ke pasar tersebut dengan menaiki bas awam.

Warga emas itu dikatakan datang dari jauh semata-mata buntu kerana tiada wang.

Sambil menangis, dia memohon maaf kerana mencuba untuk mencuri duit kerana terdesak.

Selepas soal jawab, mangsa difahamkan sudah memaafkan dan nilai wang yang cuba dicuri adalah 100,000 rupiah (RM28.93) sahaja.

Ketua Polis Mandiraja, Suyit Munandar berkata, nenek tersebut tinggal sebatang kara kerana suami dan anak merantau ke bandar mencari kerja.

Keadaan pandemik Covid-19 membuatkan kehidupannya lebih melarat.

nenek curi

“Bagi mengelak insiden sama berulang, nenek tersebut diminta lapor diri setiap Isnin dan Khamis. Saya minta dia datang pada tarikh tersebut supaya boleh diberi bantuan makanan dan duit pengangkutan supaya tidak mencuri lagi,” katanya.

Barangkali, jika kita berdepan dengan situasi seperti itu, wajarkah memperlakukan wanita yang sebaya mak-mak kita sedemikian rupa?

Apa-apapun matlamat memang tidak menghalalkan. Namun demikian, sebagai manusia yang mempunyai iman dan akal, kita harus bertoleransi dalam segenap hal.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *