Umum tahu beberapa nama besar pemimpin tertinggi UMNO telah tersingkir untuk mempertahankan kerusi beberapa kerusi panas.

Tan Sri Noh Omar dan Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif sah tidak dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang di Selangor dan Jempol di Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan malam tadi, memaklumkan dua calon langsung itu adalah Datuk Che Abdullah Mat Nawi di kerusi Parlimen Tumpat dan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di Parlimen Kuala Nerus.

Dua calon BN yang dikutip dari PAS kerana digugurkan sebagai calon PAS ada masalah disiplin dan seorang lagi sudah meninggalkan PAS pun kerana masalah disiplin parti juga.

Peliknya Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor TS Noh Omar, langsung tidak ada masalah disiplin parti, taat dan setia kepada parti malahan dianggap sebagai winnable candidate (calon mampu menang) digugurkan.

Bermasalah kepada PAS tidak ada masalah pula untuk UMNO pungut sampai sanggup ketepikan beberapa tokoh UMNO yang sekian lama bergelumang dalam parti di Bahagian Kuala Nerus dan Tumpat.

Yang tidak membawa masalah kepada UMNO dilayan macam sampah.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *