Kalau nak tunjuk diri terbaik, terpandai, itu ertinya perasan, kata Zahid kepada KJ

KITA boleh berbeza pendapat, tapi kalau tunjuk diri terbaik, terpandai, paling bijaksana. Itu ertinya perasan!

Demikian kata Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulas mengenai calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin.

Ketika ditemui media di Bagan Datuk hari ini, Pengerusi BN itu berkata hasrat Khairy untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti bergantung pada dirinya sendiri.

“Pertamanya, beliau mesti menguatkan parti, bukan melemahkan parti. Beliau mesti menang di Sungai Buloh. Beliau juga mesti diterima parti dan tidak menyanggah parti,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Sebelum ini, Khairy mendakwa Ahmad Zahid mungkin tidak berpuas hati kerana beliau mempertikai keputusan Pengerusi BN itu berhubung pencalonannya bagi PRU15.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata Khairy patut berterima kasih kerana diberi peluang bertanding di Sungai Buloh.

Katanya, Menteri Kesihatan itu sepatutnya tiada tempat kerana Khairy adalah ahli BN Rembau dan Ketua Umno Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan pula menjadi calon kerusi tersebut.

Beliau berkata, Mohamad yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan adalah calon yang lebih layak untuk bertanding di Rembau.

“Saya beri juga beliau (Khairy) bertanding di Sungai Buloh walaupun bukan tempat beliau.

“Maka beliau perlu bekerja keras untuk memenangi kerusi Sungai Buloh dan menyumbang kepada pembentukan kerajaan BN,” katanya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *