Yasin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penderma tabung yang bermurah hati untuk menyumbang bagi membiayai kos guamannya berhubung pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja pada 13 Mac lalu.

Menurut Yassin, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebannya bagi menampung kos guaman sepanjang kes perbicaraan ini dijalankan.

“Terima kasih kepada yang mengisi tabung guaman saya, tanpa mereka semua ini mungkin terpaksa jual buah pinggang bagi sara kos guaman ini.

“Kes besar macam gajah, tapi saya hanya semut yang mengharapkan keajaiban,” katanya.

Yasin ditemui media di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.