Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan menimbulkan persoalan mengenai beberapa hujah mempertahankan keputusan Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar keluar PKR dan menyokong Perikatan Nasional.
Dia menyoal pihak yang mendakwa Xavier melompat parti kerana tekanan dan ancaman sebagaimana dakwaan Naib Presiden PKR Tian Chua dan Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah.
Sivarasa mendakwa Xavier tidak akan berpaling tadah jika tidak kerana “siasatan terpilih” oleh SPRM, manakala Chua berkata PN menggunakan ancaman untuk terus berkuasa.
Sivarasa mendakwa Xavier tidak akan berpaling tadah jika tidak kerana “siasatan terpilih” oleh SPRM, manakala Chua berkata PN menggunakan ancaman untuk terus berkuasa.
“Andai benar dia tidak bersalah, ‘ugut’ macam mana pun, kenapa perlu lompat?
“Sekarang dah lompat, adakah siasatan terus dihentikan?” soalnya pada hantaran di Facebook malam tadi.
Bulan lalu, SPRM menangkap pembantu Xavier, MA Thinagaran berkenaan projek kerajaan di Perak yang dimulakan semasa pentadbiran Pakatan Harapan.
SPRM juga dilaporkan telah menahan setiausaha politik, pembantu peribadi dan beberapa kenalannya berhubung kes yang sedang berlangsung.
Xavier sendiri menjadi subjek siasatan menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.