PRESIDEN MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong seakan mahu memberitahu beliau tidak hadir ke Hotel st Regis di ibu negara yang menjadi lokasi pertemuan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Sebelum ini media melaporkan hotel itu mula menjadi tumpuan apabila dilaporkan akan menjadi lokasi pertemuan bagi mendengar cadangan PN mengenai kerajaan perpaduan.
Saya kini berada di Ibu Pejabat MCA untuk urusan parti,” kata Ahli Parlimen Ayer Hitam itu menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.
Beliau turut berkongsi gambarnya sedang menandatangani beberapa dokumen.
Terdahulu media melaporkan, beberapa pemimpin BN tiba di Hotel st Regis antara Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan.
Dikatakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyertai pertemuan dengan beberapa pemimpin politik daripada BN.