PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kesal namanya dikaitkan menghadiri satu mesyuarat yang melibatkan pemimpin Umno dan PAS di Tropicana Golf Club, semalam.

Bekas Menteri Pengangkutan itu menjelaskan, kehadirannya ke Tropicana Golf Club atas jemputan dua orang usahawan Cina untuk menikmati ‘dimsum’ di sebuah restoran Cina di kelab tersebut.

“Apabila tiba di Tropicana, saya terserempak dengan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Yaakob yang bersarapan di kafe sebelah dengan Chinese Restaurant. 

“Saya bertegur sapa dengan PM9 sebelum dua orang rakan saya tiba. Apabila rakan-rakan saya tiba, saya terus masuk ke ‘Chinese Restaurant’,” jelasnya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, tular satu ciapan di laman Twitter mendakwa pertemuan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS itu dikatakan berlangsung di Tropicana Golf Resort dari 10.30 pagi hingga tengah hari semalam.

Nama yang disebut hadir ke pertemuan itu ialah Ismail Sabri; Bekas Setiausaha Agung Umno,Tan Sri Annuar Musa serta Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ka Siong dan Setiausaha Akhbar Annuar, Tun Faisal Ismail Aziz.

Sementara itu, Ka Siong menegaskan, bahawa tidak terlibat dalam sebarang perbincangan dengan mana-mana wakil parti politik. 

“MCA telah menyatakan pendirian jelas iaitu akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan,” katanya 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *