
Memang warga kota sekarang sangat merasakan kepayahan untuk menjalani kehidupan di kota sebesar Kuala Lumpur..Apatah lagi sekiranya ada banyak tanggungan yang harus kita hadapi..
Disebalik keriangan orang ramai bergambar bersama watak kartun yang mewarnai suasana di kawasan persekitaran Bazaar Malam Wangsa Maju ini…
Saya terkejut melihat salah satu maskot watak kartun itu adalah seorang warga emas sekitar baya ibu saya dan mungkin seusia ibu ayah anda…
Melihat kesungguhannya saya teruja, apatah lagi diusia ini beliau sepatutnya sudah berehat dan berada dirumah sahaja.Nampak juga raut wajah berusia ini keletihan tetapi apa kan daya,mungkin ini sahaja cara untuk menjana pendapatan yang halal..
Apapun moga allah permudahkan urusan makcik ini,dilimpahkan rezeki seluasnya..diberikan rahmat allah dan kesihatan yang baik selalu…
Nukilan RS
(Jam 2am-Pada ketika ini)
Mac2023
Kredit: Roslan Salleh