Seorang ‘wanita’ di China terkejut apabila doktor memaklumkan bahawa dia bukanlah seorang perempuan seperti yang dia sangkakan selama ini.

Setelah hampir 25 tahun hidup di dunia, akhirnya wanita itu mendapat tahu dia sebenarnya merupakan seorang lelaki itupun setelah dia mendapatkan rawatan akibat pergelangan kakinya yang terseliuh

Menurut Global Times, rahsia itu terbongkar ketika Pingping yang berasal dari wilayah Zhejiang dekat timur China itu melakukan pemeriksaan di Hospital Universiti Zheijiang.

Pada mulanya, dia dikatakan telah pergi ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan kerana terseliuh pada pergelangan kaki.

Hasil pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati Pingping tidak mempunyai rahim atau ovari dan sebaliknya pula, dia hanya mempunyai alat kelamin wanita ‘yang belum matang’ dan kromosom Y lelaki.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *