Hanya ingat wajah kenalan ADUN di atasnya sebelum tidak sedarkan diri’ – Mangsa dakwa dirogol 2 kenalan ADUN Gombak Setia selepas berkaraoke.
Disember 2020, seorang wanita mendakwa dia dirogol oleh dua kenalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hilman, di mana salah seorangnya ialah pemimpin bahagian parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan seorang lagi kenalan lama Hilman.
Mangsa mendakwa Hilman menjemputnya ke sebuah hotel di ibu kota untuk meraikan ulang tahun kelahirannya pada 4 Disember 2020 bersama dengan kenalan rapatnya dan dua rakan wanita yang lain.
Selepas makan malam, mereka semua pergi berkaraoke di mana dia minum minuman beralkohol sehingga mabuk. Mangsa berkata, dia tidak begitu ingat apa yang berlaku selepas itu tetapi merasakan Hilman menolongnya untuk berjalan.
Perkara terakhir yang diingatinya sebelum tidak sedarkan diri adalah wajah kenalan Hilman di atasnya.
Setelah bangun pada jam 4 pagi 5 Disember 2020, mangsa mendapati dia berada di bilik hotel seorang diri dalam keadaan tidak berpakaian. Mangsa merasakan dirinya telah dirogol dan menemui kondom di bilik mandi.
Mangsa diberitahu rakannya bahawa dia telah meninggalkan mangsa di bilik hotel itu bersama seorang rakan wanita lain, yang kali terakhir dilihat pada malam itu dengan ketua bahagian parti PN berkenaan.
Sementara itu, polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.