
Menurut laporan di portal Free Malaysia Today bertarikh 8 June 2019, ada melaporkan satu artikel bertajuk ‘Penyakit saya tak ganggu orang lain, kata pengidap sakit mental”.
Keseluruhan isi kandungan artikel tersebut adalah berkenaan dengan pengalaman wanita yang mendakwa dicabul oleh ADUN Permatang Pasir.
Di dalam artikel tersebut difahamkan Yuslaini, disahkan menghidap “bipolar disorder type 2” menyebabkan beliau mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang sekeliling, cenderung berfikir perkara negatif sehingga pernah berfikir untuk membunuh diri.
Menceritakan pengalamannya, Yuslaini pernah berdepan situasi menyedihkan apabila beliau dihalau teman serumah selepas mengetahui penyakit yang dialami.
Wanita ini juga pernah mendapatkan rawatan di wad psikatri, Hospital Kuala Lumpur.
Sebelum disahkan menghidap penyakit berkenaan, Yuslaini yang ketika itu berusia 20 tahun menyedari emosinya tidak stabil dan kerap berubah-ubah.
Hari ini Malaysia digemparkan dengan berita YB Faiz Fadzil didakwa mencabul wanita ini pada Januari lalu.
Adun Permatang Pasir Faiz Fadzil menafikan tuduhan mencabul seorang wanita pada Januari lalu dan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.
Berita sepenuhnya mengenai wanita ini boleh dilayari di link ini: