Wanita mengandung serta yang menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud.

Pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Niazlin Mohd Taib berkata, ini kerana buat masa ini belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin itu dalam kalangan golongan berkenaan.

“Ibu mengandung tidak boleh mengambil vaksin yang menggunakan ‘live virus’ dan kalau ikutkan vaksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan ‘live virus’, tetapi ia menggunakan messenger ribonucleic acid (mRNA).

“Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin tersebut memandangkan ia adalah mRNA.

Mengenai alahan yang mungkin wujud pada mereka yang menerima suntikan vaksin Covid-19, beliau berkata, orang ramai tidak usah khuatir jika tidak mempunyai apa-apa alahan terhadap kandungan di dalam vaksin tersebut.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *