Tular baru-baru ini di laman sosial Twitter mengenai seorang wanita yang merupakan doktor di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah bertengkar dengan dua orang lelaki di jalan raya berdekatan hospital tersebut.
Menerusi video yang dirakam menggunakan dashcam, pada mulanya kereta siperakam berada di jalan utama sebelum doktor itu membuat pusingan U dari arah bertentangan.
Sejurus selepas itu, si perakam pantas membunyikan hon kepada doktor berkenaan kerana keretanya dikatakan telah memakan jalan utama.
Akibat tidak berpuas hati, doktor itu bertindak membunyikan hon berulang kali dan mengejar kereta siperakam sehingga tiba di traffic light.
Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah apabila doktor itu berhenti di sebelah kereta si perakam dan mengeluarkan kata-kata kesat dengan nada yang tinggi.
Malah dia dikatakan telah mendoakan si perakam supaya mendapat penyakit C0vid-19.
Hasila carian di internet, menurut netizan, pemandu wanita tersebut merupakan seorang Doktor Perubatan yang Bertaraf Profesor Madya. Kepakaran Prof ini ialah dalam bidang ‘Hematologi’
Walau bagaimanapun, kesahihan video itu tidak dapat dipastikan memandangkan hanya satu pihak sahaja menceritakan hal tersebut.
Namun begitu, masing-masing diharap dapat menyelesaikan perselisihan faham ini dengan matang agar tidak mencerminkan imej yang kurang baik kepada mana-mana institusi kerajaan.
Sumber: Fadzli Amin