WALAUPUN tubuh badan sihat, tetapi penyakit demensia dihidapi Tun Abdullah Ahmad Badawi telah sampai ke tahap di mana kebanyakan memori atau ingatan beliau sudah pun tiada.

Perkembangan kesihatan bekas Perdana Menteri kelima itu dimaklumkan menantunya, Khairy Jamaluddin menerusi program Podcast ‘Keluar Sekejap’ yang dihoskan beliau semalam.

Menurut Khairy, percakapan Abdullah atau mesra dengan Pak Lah juga pun sangat kurang sekarang dan kebanyakan masa berada atas kerusi roda.

“Tubuh badan beliau sihat Alhamdulillah… tetapi tolong doakan untuk Pak Lah.

Dari segi fungsi minda, kemerosotan sudah sampai tahap yang agak advance,” katanya.

September tahun lalu, Khairy memaklumkan Pak Lah kini menderita penyakit demensia yang menyebabkan kesihatannya semakin merosot dan sukar untuk mengingati sesiapa, termasuk ahli keluarga terdekat.

Khairy yang ketika itu Menteri Kesihatan berkata adalah sesuatu yang mencabar untuk ahli keluarga melihat situasi Pak Lah yang berdepan dengan kemerosotan dalam fungsi kognitifnya. MP

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *