Persidangan Dewan Rakyat hari ini secara rasmi meluluskan Belanjawan 2021 dengan kelebihan majoriti tiga undi.

Boleh dikatakan ia sejarah pertama buat negara, proses meluluskan belanjawan melalui “jalan yang berliku” dan memperoleh undi dengan majoriti paling tipis dalam sejarah negara.

Pastinya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dapat menarik nafas lega buat seketika, namun kedudukan kerajaan masih lagi tidak stabil.

Majoriti yang cukup tipis boleh membuatkan kedudukan kerajaan dan perdana menteri digugat secara tiba-tiba. Banyak risiko apabila keadaan politik negara yang tidak stabil.

Tekanan ke atas Muhyiddin tidak akan terhenti meskipun Belanjawan 2021 diluluskan secara rasmi. Muhyiddin dijangka akan terus berdepan dengan tekanan.

Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin hari ini cukup rapuh hanya disokongan dengan 111 ahli Parlimen saja.

Ketidaktentuan politik ini jika dibiarkan berterusan bukan saja memberi kesan ekonomi negara, yang lebih parah adalah rakyat yang terpaksa menanggung kesannya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.