UMNO TERENGGANU, DENGAN SOKONGAN DAN DOKONGAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, SUDAH BERSIAP SIAGA UNTUK KALAHKAN PAS DI TERENGGANU?

Ini merupakan petikan ucapan Presiden UMNO Zahid Hamid dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi dalam ucapan menerusi siaran LIVE aplikasi Zoom di Program Amanat 500 Jam Pemuda UMNO Terengganu berlangsung pada Jumaat lepas 19 Mac 2021.
Ini antara petikan ucapan Zahid Hamidi dan Dr Asyraf Wajdi.
“Dengan 620 dan lebih tempat ataupun lokasi sanitasi dengan kiraan jam lebih 500 jam saya rasa ini satu yang luar biasa bagi sebuah negeri yang hanya ada 8 Bahagian.
Dan saya kira ini satu perkara yang cukup membanggakan dan memberikan satu isyarat bahawa jangan main-mainlah dengan UMNO Terengganu ini.
Kalau betul dia nak berhadapan dengan peperangan sebenar yang selalu Datuk Seri Dr Ahmad Said sebutkan dalam Biro Politik dan sampaikan secara jelas kepada barisan kepimpinan UMNO Pusat bahawa UMNO Terengganu kalau dibunyikan semboyan dan dipalu gendang perang kalau ditakdirkan kita terpaksa masuk dalam gelanggang, dalam keadaan kita sebagai Barisan Nasional dan melawan PAS sebagai Kerajaan Negeri, UMNO Terengganu sudah bersiap siaga.
Dan kalau saya menyaksikan kehadiran ramai Pemuda-Pemuda malam ini dalam keadaan malam cuti saya rasa apa yang selalu diwar-warkan yang disebut-sebut oleh Datuk Seri Pengerusi UMNO Negeri saya rasa yakin dan sudah tentu saya akan menjadi orang pertama yang akan menyokong dan akan mendokong apa juga yang dihasratkan oleh kepimpinan UMNO Negeri Terengganu.”
“Fokus kita, sepertimana telah kita kata tadi, kita harus bersiap siaga sekiranya dipalu gendang perang ini pada bila-bila masa dan pada waktu itu saya boleh meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada barisan Pemuda-Pemuda dan Skuad Sabil Negeri Terengganu, jadilah negeri yang pertama yang masuk gelanggang dengan penuh semangat dan insya Allah tatkala kita mendengar keputusan PRU ke-15 nanti Negeri Terengganu insya Allah akan kembali kepada UMNO dengan semangat yang ada di kalangan pejuang-pejuang muda di Negeri Terengganu.”
(Ucapan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dalam majlis “Amanat 500 Jam Pemuda UMNO Terengganu” pada 19 Mac 2021)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4141245259252834&id=100001022016761&sfnsn=mo