KUALA SELANGOR – Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis Wira Aeroback yang memandu melawan arus di jambatan Kuala Selangor iaitu Kilometer 47.8 Jalan Klang-Teluk Intan.

Pengesanan itu susulan penularan video berdurasi 24 saat di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Ramli Kasa berkata, berdasarkan video tersebut perakam tersebut menyebut nombor pendaftaran “WJR3170 jenis Wira Aeroback bewarna hijau”.

“Semakan terhadap nombor pendaftaran itu mendapati kenderaan itu didaftarkan atas seorang perempuan beralamat dj Kuala Lumpur.

“Pemeriksan di lokasi kejadian mendapati tiada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan sepasukan terdiri pegawai dan dua anggota menuju ke alamat pemilik yang didaftar ke atas kenderaan tersebut.

Ramli turut menambah, pihaknya juga sedang mengesan individu yang memuat naik video itu di dalam laman sosial Facebook berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.