Proton Wira dipandu wanita warganegara China di Jalan Bunga Cempaka 2,Ampang hilang kawalan lalu melanggar kereta Mazda diparkir di bahu kiri jalan.

Suspek kemudian undur kereta dan langgar pula Honda City diparkir di bahu kanan jalan.

Suspek seterusnya memandu ke arah Jalan Bunga mawar 5a dan sekali lagi hilang kawalan lalu melanggar kereta Proton Saga diparkir di tepi kanan jalan dan sebatang tiang lampu.

Pemandu tersebut kemudiannya telah undur keretanya hingga terhenti di dalam garaj di tepi kiri jalan.

Ujian kandungan alkohol dalam darah pemandu kereta jenis Proton Wira telah dijalankan menggunakan mesin jenis EBA-II dan hasil ujian mendapati tahap kandungan alkohol pemandu tersebut telah melebihi had yang ditetapkan..

▶️IPD Ampang Jaya

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.