SEORANG penunggang motosikal maut digilis keretapi dalam satu kejadian di Sawah Besar, Jakarta, Indonesia pada Isnin.

Ketua Polis Jakarta Utara, Purwanta berkata, kereta api itu dalam perjalanan dari arah Kampung Bandan ke Cikarang.

Ketua Polis Jakarta Utara, Purwanta berkata, kereta api itu dalam perjalanan dari arah Kampung Bandan ke Cikarang.

“Mangsa yang dikenali sebagai AG, 60, maut dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 petang.

“Penunggang motosikal itu sedang menghala ke Jalan Mangga Dua Raya dan dia melintas landasan kereta api,” katanya.

Menurut Purwanta, palang landasan pada awalnya telah ditutup namun mangsa tetap menyelit untuk melintas sebelum dirempuh kereta api dalam keadaan laju.

Tambahnya, orang ramai diingatkan supaya mematuhi arahan lalu lintas untuk mengelak kejadian sama berulang. — Agensi

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *