Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Berlegar di medsos tentang satu video Tik Tok yang mendakwa seorang warden penjara di Sg Udang Melaka memuatnaik hantaran jelek dalam aplikasi tersebut sambil menjerit menyokong kezaliman Israel terhadap rakyat Palestine.

Apa yang paling menyedihkan lelaki tersebut berbangsa melayu dan berkerja dalam jabatan kerajaan.

Bagi admin jika kita mempunyai perikemanusiaan dan cakna akan isu semasa yang melanda Israel-Palestin pada saat ini, kita akan menunjukkan solidariti dan menyebarkan maklumat yang benar kepada orang awam di seluruh dunia.

Namun, tindakan warden ini memang benar-benar mengundang kemarahan netizen dan tidak wajar dilakukan oleh individu yang mengaku Islam dan berbangsa Melayu.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *