Wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Siti Amirah didakwa mempermainkan agama Islam semasa membuat persembahan komedi di Crackhouse Comedy Club, TTDI.

“Hello, Assalamualaikum everyone, nama saya Siti Amirah. Saya berasal dari Kuala Kangsar, Perak.

“Saya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Saya juga menghafal 15 juzuk al-Quran buttt….,” katanya kepada audiens di kelab tersebut.

Selepas memperkenalkan diri, Siti Amirah membuat kejutan apabila dia yang tampil sopan mengenakan tudung dan baju kurung Kedah tiba-tiba menanggalkan pakaian itu hadapan khalayak ramai.

Dia dilihat mengenakan baju seksi bertali halus (spaghetti strap) berwarna hitam dan skirt singkat paras paha berwarna coklat.

Siti Amirah yang kelihatan berambut pendek paras bahu itu kemudian mengambil semula mikrofon sambil menyebut, “Hello motherf***ers.”

Dalam kapsyen video itu tertulis ayat berbunyi, “Amy’s (mungkin merujuk nama panggilan Siti Amirah) debut di Crackhouse Comedy Club TTDI.”

They laughed… they hugged me and said amazing set, you’re so brave. (Mereka (penonton) terhibur. Mereka memeluk saya dan memberitahu saya berani dan persembahan itu menakjubkan).

“Then, they banned us the next day, at 12 pm they said, they will give us every slot we want, by 4 pm they received many strongly worded complaints about us. (Kemudian mereka menyekat (persembahan) kami keesokan hari, pada pada pukul 12 tengah hari, mereka kata akan beri setiap slot yang kami mahukan, pada pukul 4 petang, mereka menerima banyak aduan tentang kami),” tulis kapsyen video itu lagi.

Tidak dapat dipastikan kapsyen itu ditulis oleh siapa dan ditujukan untuk siapa.

Rakaman yang tular sejak Sabtu itu dikongsi semula dengan kapsyen berbunyi,” Acara menghina Islam?…,”

Video itu dikongsikan pengguna TikTok @mie_8099 sebelum tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Dalam pada itu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya belum mendapat laporan berkenaan kejadian itu.

Bagaimanapun, jurucakap Polis Kuala Lumpur memberitahu, Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengambil tindakan terhadap wanita terbabit.

Majoriti berusaha mendapatkan pihak Jawi bagi mengulas tindakan yang bakal diambil terhadap Siti Amirah dan kelab itu selaku penganjur. — Majoriti

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.