Tular di media sosial hari ini satu klip video menunjukkan seorang wanita berusia datang ke surau untuk meminta pihak surau memperlahan bunyi speaker surau.

Kebanyakkan netizen telah diberi maklumat bahawa makcik ini datang ke surau kerana tidak tahan dengan bunyi azan yang terlalu kuat.

Posting yang menjadi tular ini bermula dengan perkongsian video daripada seorang individu ini mendapat jumlah tontonan berpuluh ribu dalam masa beberapa jam.

Rata rata meluahkan rasa marah dan tidak puas hati kerana sangkakan makcik ini betul betul marah kerana bunyi azan kuat.

Di dalam video tersebut berlaku sedikit pertelingkahan sehingga pihak surau ingin membuat laporan polis kerana makcik itu telah menceroboh surau dan memperlahan audio.

Jika dengar betul betul video ini, jelas kedengaran bahawa makcik ini bukan marah kerana azan tetapi bacaan Al-Quran terlalu kuat.

APA SEBENAR YANG BERLAKU

‘Silap info rsanya tuan2 puan2…video ni pn hnya dambil sekerat dan sebelah pihak shj…jga2 jari yg menaip jenuh nk mntk ampun kalu jtuh fitnah.

“Saya bjiran dgn cikgu ni…taw la serba ckit cita ni….perkara ni dh lama dh…cuma video ni bru drkam….dan bukan azan yg dmntk slow…sbnaqnya dia mntk slow bcaan al quran waktu asar shj kerana dia sekrg lecturer dan waktu tu dia da kelas online yg perlu dia buat waktu solat lain xdk mslah pn bcaan alquran waktu solat lain pn xdk mslah nk buka…

Rumah dia xjauh pn dri surau dan dia dok rumah ni dh 35thun dh dan runah yg cikgu ni beli dekat ja dgn surau 1mnit pn xsmpai jln kaki…xdk isu bab dia xleh dgaq azan…hahaha….isu skrg waktu kjdian speker dpsang maximum waktu bcaan alquran waktu asar dan cikgu ni da klas online universiti.

Pihak jbtan agama yg swoh ckgu ni p brbncang dgn phak surau…dan pbncangan ni dh 13x kata cikgu ni…sblum ni xdk mslah cuma waktu kjdian tu shj yg jd mslah sbb ckgu ni bekerja..sbnaqnya prkara ni kena bncang leklok antara sesama ajk surau dan pihak cikgu ni..stkat tu jela info yg dpt…tqvm”

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *