Siti Nur Nuramira Abdullah, wanita tular di media sosial kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menghina Islam.
Siti Nur Nuramira, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Tertuduh berdepan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.
Wanita hina Islam, Siti Nuramira Abdullah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.00 pagi bagi mengikuti proses pertuduhan di Mahkamah Sesyen Cyber, Jalan Duta.
Sementara teman lelakinya Alexander Nivan tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekitar pukul 9.27 pagi untuk menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.