PEMERGIAN seorang guru mengaji ketika sedang membaca al-Quran mencuri perhatian netizen di media sosial yang menyifatkan sebagai kematian dicemburui.

Guru agama yang dikenali sebagai Ustazah Taslimah itu rebah ketika sedang mengaji al-Quran.

Klip video kejadian menimpa Allahyarham tersebar di media sosial yang rata-rata netizen menceburui kematian yang dijemput Allah SWT ketika melakukan ibadah dan amal soleh.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di daerah Tebet, Jakarta Selatan Indonesia.

Sementara itu memetik portal Okezone berkata, wanita tersebut adalah Taslimah yang rutin menjadi guru mengaji di Masjid Al Barokah As Syafi’iyah Tebet, Jakarta Selatan setiap pagi Khamis.

Difahamkan Taslimah sedang menjayakan Majlis Taklim As-Syafiyah Ummahat, pagi semalam.

Berdasarkan video yang dimuat naik Assalam TV di laman TikTok, Ustazah Taslimah dirakam sedang membacakan ayat suci al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 5-6 di hadapan peserta majlis taklim menggunakan mikrofon.

Namun selang beberapa minit, wanita itu terjatuh dan kelihatan beberapa orang berusaha untuk menolong guru tersebut

“Astaghfirullah.., Astaghfirullah,” kedengaran suara jemaah sejurus ustazah itu rebah.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *