Lelaki yang tular kerana menunggang motosikal secara berbogel ditahan pada Isnin kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita dan bayi lelaki berusia tiga bulan di sebuah rumah di Bakar Batu, Johor Bahru, Johor.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tangkapan terhadap suspek dibuat pada pukul 2.45 petang di kawasan Permas Jaya oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bersama Ketua Polis Balai Permas Jaya.

“Suspek yang ditangkap dipercayai dalam keadaan berbogel menunggang motosikal seperti yang tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

292219677_1417801898684584_4293692398186068885_n

Kejadian pembunuhan melibatkan seorang wanita dan bayi lelaki berusia tiga bulan di sebuah rumah di Bakar Batu, Johor Bahru. — Facebook

Mengulas lanjut, Raub berkata, siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 12.30 tengah hari di sebuah rumah di kawasan Bakar Batu selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam.

Katanya, polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian IPD Johor Bahru Selatan di 07-2182323 atau pegawai penyiasat Asisten Superintendan Kathiresh Rajagopal di 013-4472909.

Sementara itu, perkongsian di Facebook Anak Johor, seorang pengguna Facebook mendakwa kejadian di kawasan Bakar Batu itu ialah kejadian sembelih ahli keluarga sendiri.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.