
Menurut netizen lagi abang rider itu seorang yang berstatus OKU.

Seperti video tular baru-baru ini apabila pemilik sebuah restoran di Kota Damansara telah rider FoodPanda gara-gara gagal siapkan tempahan makanan.

Difahamkan, rider berkenaan menerima lapan tempahan secara serentak. Namun pihak kedai menyiapkan makanan dengan kadar lambat.
Kemudian pihak kedai meminta rider untuk menghantar makanan yang sudah siap terlebih dahulu, namun rider memaklumkan perlu menghantar kesemua makanan secara serentak.
Tindakan pemilik restoran tersebut membuatkan keadaan menjadi tegang sehinggakan ada individu berada di sekitar turut merakam insiden berkenaan.
Susulan tindakan pemilik restoran berkenaan, kedainya menerima kecaman hebat di media sosial termasuk di laman Google My Business.
Menerusi komen di Facebook Warga Kota Damansara, pihak rider tersebut telah membuat laporan polis.
Bagaimanapun, menerusi Group FoodPanda Rider Malaysia pemilik restoran itu dimaklumkan telah memohon maaf.