SEBUAH rumah bersepah teruk selepas seorang remaja berusia 15 tahun mengamuk kerana telefon bimbitnya dirampas ibu dalam kejadian yang berlaku pada Khamis.

Kejadian yang berlaku di Amerika Syarikat itu sempat dirakam ibunya yang memaparkan hampir keseluruhan rumah dan perkakasnya hancur.

Melihat video berdurasi dua minit itu, kesemua barangan perkakasan elektrik termasuk kabinet dapur dan mangkuk tandas pecah ibarat terkena bom.

Malah, ramai yang terkejut melihat video tersebut dan menganggap kos yang diperlukan untuk membaiki rumah tersebut sangat tinggi.

Ada juga yang menyalahkan wanita tersebut kerana gagal mendidik anaknya sehingga sanggup bertindak di luar kawalan.

Namun, wanita kemudian memuat naik satu lagi video yang memaparkan dia menjelaskan situasi sebenar apa yang berlaku di rumahnya.

Menerusi video penjelasan itu, wanita berkenaan memberitahu yang anaknya mempunyai masalah mental.

Ketika kejadian, anaknya tidak mengambil ubat sehingga membuatkannya bertindak ganas dengan menghancurkan rumah sendiri. — Agensi

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.