Bolehlah nak salahkan kerajaan, marah perdana menteri pun tak apalah, saya terimalah. Rakyat kata: ‘Apa bodoh perdana menteri’, tak apa…,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata demikian menerusi program Bicara Khas bertajuk Cabaran Pandemik Covid-19: Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiar secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan pada malam Ahad.

Disebabkan itu, beliau memohon orang ramai agar terus menjaga diri sendiri dan kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Tambah beliau, antara masalah yang timbul pada masa ini termasuklah kekurangan katil hospital dan katil unit rawatan rapi (ICU).

“Tapi tambah berpuluh ribu katil pun tidak akan bermakna.

“Kalau naik kepada 20,000, setakat manalah kita mampu? Kita tak boleh buat begitu, negara maju pun tak terbuat macam itu.

China terpaksa buat hospital dalam empat ke lima hari, tapi kita tak boleh buat.

“Jadi kita terpaksa minta tolong rakyat, bantu diri sendiri. Jagalah kita. Kita nak jaga diri kita supaya kita tak sakit, atau terkorban kerana kelekaan kita,” ujar beliau lagi.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.