“Sekarang ini ramai yang hidup secara ala kadar. Ketika otak yang letaknya di atas, tapi ada yang bertindak seolah otak di lutut.

“Mengenakan kompaun RM50,000 pada penjaja kecil yang hanya berniaga di kawasan kampung sendiri.

Sejak semalam, viral isu kompaun RM50k apabila peniaga burger dan colek masing-masing dikenakan kompaun yang tinggi dipercayai kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Perkara ini telah mengundang rasa tidak puas hati netizen apabila peniaga kecil yang mencari rezeki untuk keluarga terpaksa mencari wang untuk membayar denda yang dikatakan seperti ‘tidak masuk akal’.

Menurutnya, tindakan kompaun tersebut seolah-olah ‘otak dilutut’ apabila mengenakan kompaun kepada penjaja kecil yang berniaga di kawasan kampung.

Rata-rata memuji cara penyampaian Luqman yang berani tanpa perlu ‘berlapik’ ayat-ayat tertentu.

Selain menyifatkan memerlukan lebih ramai lagi penyampai sebegini yang berpihak kepada suara majoriti.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *