SEORANG penunggang motosikal wanita maut selepas dirempuh sebuah kereta jenis BMW di Jalan Loh Poh Heng, Tanjung Bungah, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, rakaman kejadian terbabit tular selepas dimuat naik oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Alex Law hari ini.

Beliau berkata, berlaku pergaduhan antara kedua-dua ahli keluarga pihak yang terlibat berpunca daripada pertengkaran mulut.

“Mangsa seorang wanita tempatan mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, seramai enam individu telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 147/ 323 Kanun Keseksaan.

Artikel⚡UtusanTV.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *