Dalam video ceramah Ustaz Fathi Naim beliau mengakui melalui zaman muda yang happy, enjoy, lepak dan kapel kerana semua orang ada masa silam.

Beliau juga akui ramai anak-anak muda yang bertanyakan soalan melalui ‘direct message’ di Instagramnya bertanyakan soalan masalah peribadi.

Antara soalan yang Ustaz Fathi Naim kongsikan adalah pertanyaan dari seorang remaja perempuan belasan tahun.

“Ustaz, setiap kali saya keluar dengan boyfriend saya terlanjur.”

Dalam ertikata lain berzina banyak kali kata Ustaz Fathi Naim.

Yang memeranjatkan, Ustaz mendedahkan ramai anak-anak muda melontarkan soalan sosial yang sama di direct message beliau adalah di kalangan remaja belasan tahun yang mana mereka di luar kawalan Ibu bapa mereka.

Ustaz juga berpesan agar Ibu bapa membawa anak-anak mereka ke masjid untuk bersama dalam majlis-majlis ilmu agar tidak terjerumus ke lembah maksiat.

Seronok min dengar ceramah Ustaz Fathi Naim ni, untuk buat pedoman di masa hadapan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.