Menerusi perkongsikan seorang wanita ini, hatinya luluh apabila kucing kesayangan yang diberikan nama ‘Adik’ telah dibuang angkara jirannya sendiri.
Lebih mengejutkan, tindakan terbabit dilakukan kerana haiwan itu dikatakan melangkah masuk ke dalam halaman kediaman tetangga.
Setelah bertanya dari satu rumah ke satu rumah lalu mendapat jawapan, dia bergegas pergi ke lokasi pembuangan tersebut dan akhirnya menjumpai semula meow terbabit.
Rakaman ini bertambah pilu apabila wanita berkenaan kedengaran meraung-raung saat kucing itu cuba dibawa keluar melepasi pagar.
Sempat meminta maaf di atas kelakukan haiwan peliharaannya, namun dia begitu sebak kerana jirannya tergamak berbuat sedemikian rupa hanya kerana sebab yang begitu kecil.
Kehilangan sementara si ‘Adik’ yang sudah dianggap ibarat anak sendiri menjadikan wanita ini separuh gila kerana dia benar-benar menyayangi kucing tersebut.
Hanya pencinta kucing je faham.. kucing ni bukan lagi haiwan perliharaan tapi keluarga.