Selain pengecualian Roadtax terhadap kenderaan elektrik, pihak kementerian pengangkutan turut mengumumkan pelaksanaan insentif pengecualian cukai LKM bagi golongan kurang upaya (OKU).

Pengecualian cukai tersebut tertakluk kepada mana-mana kenderaan yang diubahsuai khas untuk kegunaan OKU, atau kenderaan motor yang tidak diubahsuai di mana ia hanya dihadkan kepada kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan kereta nasional sahaja.

Selain daripada golongan OKU, pengecualian cukai jalan ini juga boleh dimohon oleh golongan ibu bapa yang mempunyai anak OKU yang berdaftar, serta pasangan suami/isteri yang mempunyai pasangan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Namun begitu, pengecualian ini hanyalah tertakluk kepada kenderaan yang telah dilesenkan bermula 1 Januari 2022 sahaja.

Permohonan pengecualian ini boleh dibuat bermula 15 Mac 2022, di mana pemilik atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ untuk menyerahkan kembali LKM, menuntut rebat berdasarkan amaun yang telah dibayar sebelum ini dan seterusnya memohon pengecualian LKM ke atas kenderaan mereka.

Roadtax Percuma Kepada Semua Golongan OKU Termasuk Kenderaan Ibu Bapa

bermula 15/3/2022, kepada semua pemegang kad oku SEMUA KATEGORI (bukan fizikal sahaja), termasuk ibu bapa yg berdaftar dan mempunyai anak oku, penjaga atau pasangan suami/isteri yg mempunyai pasangan oku boleh memohon..

dengan syarat:-

1-individu oku atau ibu bapa/penjaga atau pasangan telah mendaftar dan mempunyai rekod dengan JKM
2-pemohon mempunyai lesen memandu
3-kenderaan pemasangan tempatan dan kereta nasional sahaja
4-hanya 1 kenderaan kereta dan 1 motosikal sahaja
5-kenderaan mestilah didaftarkan atas nama ibu bapa, penjaga, atau pasangan

dokumen yg diperlukan:-

1.borang permohonan boleh download di:

https://t.me/infojpj
2.kad oku asal dan salinan
3.kad pengenalan dan salinan
4.salinan lesen memandu
5.surat wakil dan ic wakil sekiranya wakil yg hadir.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *