Bercakap pasal roadblock, min nak kongsikan satu video dari negara jiran, Indonesia, yang memaparkan taktik seorang penunggang motosikal dalam cubaan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih lebih satu juta tontonan dan membuatkan orang ramai geli hati dengan gelagat penunggang motosikal ini.

“Tak payah pura-pura pengsan la, bang” – Polis

Difahamkan berlaku di Jalan Benyamin Sueb Kemayoran, Jakarta Pusat, dapat dilihat seorang penunggang motosikal cuba untuk mengelak daripada ditahan polis dalam satu roadblock. Penunggang terbabit juga hampir-hampir sahaja melanggar kenderaan lain sebelum akhirnya terjatuh dan ketika itulah dia berpura-pura pengsan.

Menurut juruberita yang melaporkan insiden terbabit, penunggang yang dikenali sebagai Rahmat itu mengaku dia panik selepas melihat roadblock di hadapannya gara-gara tidak membawa lesen yang dikenali sebagai Surat Izin Mengemudi (SIM).

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat spontan penunggang terbabit yang berpura-pura pengsan untuk mengelak daripada disaman. Ada juga yang tertanya-tanya kenapa dia tidak berhenti sahaja kerana saman yang dikenakan tidaklah setinggi mana jika hendak dibandingkan dengan kos membaiki motosikal yang rosak akibat kemalangan kecil dan kos perubatan sekiranya ada kecederaan.

“Menarik refleks dia. Terus pengsan!,” komen seorang netizen.

“Dahlah jatuh lepas tu kena maki dengan polis pulak dan masuk TV,” kata pengguna lain pula.

“Kalau kena saman pun paling-paling kena bayar dalam 100 ribu rupiah (RM29.72) atau 200 ribu rupiah (RM59.45). Ni kalau dah accident macam ni, nak keluar kos betulkan motor lagi pastu nak mengurut ke kalau sakit-sakit badan,” tulis yang lain pula.

Sumber: Twitter @ngadels

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.