Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan, seorang remaja perempuan duduk di atas rumput dan dikelilingi sekumpulan wanita yang berusia sebaya dengannya, yang dipercayai turut disertai oleh seorang lelaki.
Tidak diketahui apa sebenarnya punca kejadian, namun mangsa ditolak sebelum disepak beberapa kali. Mangsa yang menyedari dirinya tidak mampu melawan, hanya mampu menahan sepakan bertubi-tubi dari dua orang suspek.
Dalam masa yang sama, kedengaran suara seorang remaja perempuan memprovok mangsa untuk melawan, tetapi tidak diendahkan.
Sementara itu, suara lelaki yang turut serta dalam kejadian itu meminta perakam untuk tidak merakam dan memuat naik video itu di media sosial. Malangnya, video itu telah pun tersebar meluas.
Susulan viral video tiga remaja perempuan mengasari seorang remaja yang sebaya dengan usia mereka, tampil seorang individu menceritakan punca mangsa diperlakukan sedemikian.
“Tentang video pergaduhan itu, bukan saja-saja nak pukul dia macam tu. Korang tak kenal perempuan tu, sebab tu korang sedap backup dia. Tetapi jangan nak baik sangat dengan dia. Takut dia pijak kepala je.
“Sebab kitorang dah kena dengan dia. Kitorang marah sangat sebab perempuan tu buat cerita palsu, tuduh kitorang ni semua dah tak ada dara.
“Selepas bincang dalam Instagram, kita ajak dia berjumpa. Bukan 5 lawan 1, tapi 5 lawan 5. Kita tak tahu apa, jumpa-jumpa je dia datang bawa jantan,” katanya.