KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang suspek yang terlibat dalam kejadian ragut rantai leher di Setapak Jaya pada 20 September lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt. Ashari Abu Samah berkata, siasatan dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal berhenti di tepi jalan untuk membeli makanan.

“Tiba-tiba suspek yang datang dari arah hadapan dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC warna biru hitam terus meragut rantai leher mangsa dan melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ashari berkata, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, pihaknya memohon kerjasama mana-mana saksi awam yang melihat kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Artikel⚡MalaysiaGazette

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *