Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Abduh Nursalam), orang ramai yang menghadiri majlis tersebut dilihat menari sakan berlatar belakangkan lagu C’est La Vie nyanyian Khaled yang dipasang dengan kuat.

Tak kiralah berkopiah atau bertudung, semuanya dilihat berjoget sambil melayan alunan lagu.

Melihat kelalaian mereka yang berjoget di dalam majlis mulia itu membuatkan pengguna Facebook (Abduh Nursalam) agak kecewa dan kesal dengan situasi tersebut.

Video tersebut yang juga dikongsikan di laman Twitter (isusemasaviral) mendapat pelbagai komen dari netizen.

Netizen kecewa tengok umat Islam ‘lagha’

Di ruangan komen video dimuat naik di laman Twitter itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan kecewa melihat keadaan umat Islam di majlis suci tersebut.

Semoga negara kita dijauhkan daripada melakukan perkara-perkara sebegini yang boleh melalaikan iman dalam majlis kesucian.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.