Baru-baru ini, pihak media, Kashmir Media Service melaporkan munculnya sebuah masjid setinggi 30 kaki dari dasar empangan tasik Phulwaria berdekatan perkampungan Chiraila di India. Tarikh yang jelas waktu timbulnya semula masjid ini tidak dipastikan.

Masjid yang dikenali sebagai Masjid Noori itu dilaporkan telah tenggelam selama hampir 30 tahun di dalam tasik tersebut, sejak selesainya pembinaan empangan Phulwaria pada tahun 1985.

Kemunculan masjid itu semula mengejutkan pelbagai pihak berikutan paras air tasik tersebut yang mengalami penyurutan selama beberapa hari yang lalu. Dikatakan, masjid ini merupakan masjid binaan lama yang dipercayai dibina pada awal abad ke-20 M.

Rakaman video di dalam masjid Noori: https://youtu.be/8sJeSkprL64

Sumber: Tribune The Express.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.