SABAN tahun iklan raya Petronas sentiasa dinanti-nantikan oleh masyarakat Malaysia dek kerana iklan mereka sentiasa melekat di hati penonton. Biarpun agak lewat sedikit memuat naik iklan raya tetapi hasil dia tetap terbaik seperti iklan raya sebelum ini.

Kali ini pihak Petronas menggunakan tema animasi dan lagu dalam video raya mereka itu.

Memang terbaiklah. Makin maju dan mengikut peredaran zaman.




Untuk mereka yang belum tahu, ini kali kedua mereka menggunakan animasi dalam iklan raya mereka. Yang pertama tahun lepas. 

Untuk tahun 2021, Petronas mempertaruhkan iklan raya bertajuk Syukur Raya yang mengisahkan cerita mengenai Poji beraya di perantauan dan jiran mereka, Mak Jah. 



Nak tahu lebih lagi? Kena tonton boskuu!!! Tekan je link di atas itu.

.

Pujian perlu diberikan pada pihak Petronas kerana masih mengekalkan konsep 1 Malaysia yang perlihat perpaduan berbilang kaum dalam video mereka.




Biarpun hanya animasi, tetapi mesej dan mood nak sambut raya tetap dirasai. Sedikit kelainan dilihat dalam video raya Petronas kali ini apabila banyak menggunakan muzikal. 

Bagi penulis, ini adalah satu kreativiti dan inovasi bagi memastikan iklan raya Petronas terus menjadi nombor satu dan lain daripada yang lain. 




Dalam berseronok mendengar mereka menyanyi, part di mana Poji menelefon emaknya itu antara part yang sedih.

Sumpah tak tipu, memang auto mengalir air mata!!! Huhuhu

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *