Terbaharu, pengguna Twitter @BigIdeasMy telah membangkitkan isu ‘double standard’ dengan berkongsi sebuah video perbandingan komen yang diberikan oleh netizen Malaysia di media sosial pelancong dari barat dan juga negara lain.
Menerusi video terbabit, dapat dilihat perbezaan ketara apabila segelintir netizen Malaysia sangat ‘welcoming’ kedatangan pelancong dari barat berbanding pelancong dari Nepal yang dilihat banyak menerima komen berbau sindiran.
Isu ini telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen berpendapat masih ada rakyat Malaysia yang bersikap ‘double standard’ terhadap pelancong serta warna kulit turut menjadi faktor layanan berbeza.
Malah, rata-rata netizen mengatakan bahawa inilah sebab Malaysia berada di ranking kedua negara yang ‘racist’ di dunia. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan layanan yang sama patut diberikan kepada semua pelancong. Vocket