TEL AVIV – Sejumlah orang terbunuh dalam kejadian berasak-asak di sebuah tempat suci agama Yahudi di Meron, utara Israel pada Jumaat, kata perkhidmatan penyelamat rejim Zionis.

Menurut AFP, kejadian itu berlaku apabila puluhan ribu orang penganut agama Yahudi yang ortodoks menyertai satu ziarah tahunan untuk pesta keagamaan Lag BaOmer di Meron.

Mereka mengunjungi kubur seorang pendeta Yahudi yang terkenal iaitu Rabi Shimon Bar Yochai semasa kejadian itu berlaku.

Perkhidmatan kecemasan Israel menghantar enam buah helikopter untuk memindahkan mangsa-mangsa yang cedera.

Perkhidmatan kecemasan Israel menghantar enam buah helikopter untuk memindahkan mangsa-mangsa yang cedera.

Pihak berkuasa sebelum ini telah meluluskan seramai 10,000 orang berhimpun di kawasan kubur tersebut.

Namun, lebih 650 buah bas yang disewa khas dari seluruh negara dan membawa 30,000 penganut agama Yahudi ke kawasan tersebut.

Seramai 5,000 anggota polis ditempatkan di lokasi tersebut yang merupakan perhimpunan awam terbesar semasa pandemik Covid-19 masih belum reda di Israel.

Dalam pada itu, seramai 20 orang yang cedera berada dalam keadaan kritikal, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom. – Agensi

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.