Pembonceng wanita maut apabila motosikal ditunggang suaminya dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 10 Jalan Kunak-Tawau, di Kota Kinabalu, Sabah.

Wanita berusia 38 tahun itu dalam perjalanan bersama suaminya, 39 tahun dan anak lelaki mereka, tujuh tahun, ketika kejadian berlaku pada 4.45 petang Isnin.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton X70 dipandu lelaki berusia 54 tahun bersama isteri, dari arah Tawau menuju ke Pekan Kunak sementara motosikal dari arah bertentangan.

“Motosikal itu secara kebetulan sedang membelok ke kanan untuk masuk ke simpang ketika itu.

“Suami mangsa tercampak ke tepi jalan berikutan pelanggaran manakala wanita dan anaknya yang membonceng terseret ke bawah kereta kira-kira 10 meter.

“Lelaki dan anaknya hanya mengalami kecederaan ringan, tetapi wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Sabarudin berkata, pemandu SUV dan isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan saksi kejadian.

Tambahnya, pihak berkuasa tidak mengesyaki pemandu atau penunggang motosikal itu memandu di bawah pengaruh alkohol, walaupun sampel darah diambil untuk ujian.

“Kes disiasat mengikut Sek. 41(1) APJ 1987,” katanya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.