Semua petugas KKM telah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan nyawa semua pesakit yang ada.
Ini video petugas kesihatan di Wad ICU Sungai Buloh yang berehat sebentar mencari tenaga baharu sebelum menyambung semula tugas harian mereka.
Perjuangan melawan COVID-19 tidak akan berhenti, mereka berhenti sekejap sahaja untuk menghilang penat dan lelah. Tugasan akan disambung semula sehingglah wabak ini diperangi sehabis mungkin.
Doakan kami semua, petugas-petugas kesihatan KKM yang sedang bertugas di seluruh negara. Doakan juga agar semua pesakit yang sedang dirawat diberi kesembuhan seperti sedia kala.
Jaga diri jaga keluarga kita.
Kredit untuk petugas Zon Kritikal Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sungai Buloh yang mengambil video ini.