SEORANG wanita bertindak di luar kawalan apabila mengasari dan menghina penunggang e-hailing gara-gara menghalang ruang parkir di sebuah restoran berhampiran Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada Jumaat.

Perselisihan faham itu berpunca akibat si pelaku yang geram dengan tindakan rider wanita terbabit yang didakwa meletakkan kenderaan di petak parkir tersebut.

Namun, penunggang terbabit mendakwa kedudukan motosikalnya tidak menghalang mana-mana laluan dengan ruang parkir itu masih boleh dimasuki kereta.

Gagal mengawal kemarahan, pemandu tersebut kemudiannya terus meninggikan suara dan menghina pekerjaan wanita terbabit.

Menyedari dirinya dirakam, si pelaku terus menolak dan cuba merampas telefon pintar digunakan selain turut dikatakan mencekik si penunggang ketika kejadian.

“Kena hina, kena cekik sebab makcik ini tak dapat masuk parkir dengan alasan motosikal saya di situ.

“Macam dalam video, petak parkir tu muat je untuk kereta kancil dia, saya berhenti sekejap sebab tengah tunggu pesanan pelanggan.

“Mula-mula dia marah dalam kereta lepas itu dia letak kereta dekat tepi dan datang marah hina saya, nasib baik telefon tertekan rakam,” ujarnya di laman TikTok.

Rakaman itu berakhir dengan kedua-duanya saling bertelagah dan tiada sebarang maklumat lanjut berhubung insiden itu setakat ini.

Namun, diharapkan agar masyarakat di luar sana sentiasa prihatin dengan keadaan sekeliling dan tidak melakukan perbuatan yang boleh menjerumus ke arah pergaduhan. — Majoriti

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *