Wanita dikenali sebagai Amell berkongsi beberapa video yang memperlihatkan sisi lain aktres itu yang didakwanya panas bar4n.
Berdasarkan salah satu video yang dimuat naik, kelihatan seorang wanita mirip Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, dilihat seumpa sedang bertengkar dengan seorang lelaki tua dipercayai bekas suaminya sambil menendang pintu.
Lelaki tua di dalam video itu jelas kedengaran suaranya yang sedang menangis namun rayuan itu tidak diendahkan.
Antara pendedahan yang dibuat oleh Amell di TlkTok. Menjelaskan tindakannya mendedahkan video-video berkenaan, Amell ketika dihubungi mStar berkata, sudah lama dia menyimpan rahsia tentang pelakon itu tetapi mendiamkan diri kerana menganggap wanita itu seperti ibunya sendiri.
Namun kini dia memilih untuk bersuara kerana mendakwa turut menjadi mangsa perbuatan pelakon itu sebelum ini.
“Tujuan saya dedahkan video tersebut kerana tidak mahu orang lain terkena sama seperti saya. Selama ini saya banyak simpan rahsia dia walaupun pernah dimaki hamun ketika di set penggambaran.
“Saya anggap dia seperti ibu sendiri dan menjaga dia kerana sebelum ini dia katakan dibuang keluarga sendiri.
“Lebih mengcewakan, baru-baru ini ketika berjumpa dengan ibu kandung saya, Mak Wan buat cerita kononnya saya mengambil duitnya sebanyak RM20,000,” katanya.
Menyangkal perkara tersebut, Amell sebaliknya mendakwa dia mempunyai bukti pelakon itu yang mengambil wangnya.
Ingin mencari kebenaran, Amell mendakwa turut mempunyai bukti atas semua dakwaannya terhadap Mak Wan.
Bagi mendapat pembelaan, Amell turut membuat satu laporan polls di Ibu Pejabat Balai Polls Teluk Intan pada malam Sabtu lalu berhubung lsu pelakon itu mengambil wangnya.
Perkahwinan Mak Wan Latah dengan Husain Dollah hanya bertahan tiga bulan. Amell turut memberitahu akan membuat satu lagi laporan polls di Ampang dalam masa terdekat berhubung kehilangan barang kemasnya.
Sebelum ini, nama Mak Wan menjadi sebutan apabila perkahwinan yang dibina bersama Husain Dollah tidak bertahan lama apabila lelaki itu melafazkan cerai terhadapnya hanya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.
“pendampingku , dtg lah kpdku , aku seru ko dtg kepadaku spya engkau halang mereka utk tdk pergi kesana . utk mngubatkan apa yg aku telah buat pd mereka”
“Saya akan b0ngkarkan siapa Mak Wan Latah sebenarnya” Akaun tiktok yang berkongsi beberapa rakaman melibatkan Mak Wan.