SEORANG lelaki yang terjatuh akibat pelanggaran di persimpangan jalan bertindak menampar seorang penunggang p-hailing yang didakwa menjadi punca kemalangan itu.

Kemalangan itu yang berlaku berhampiran persimpangan Berek 12, Kota Bharu, Kelantan mencetuskan kekecohan apabila beberapa buah kenderaan lain terpaksa berhenti ekoran insiden tersebut.

Dikongsikan menerusi akaun Yu KH di laman Facebook, rakaman video itu menerima lebih 10,000 jumlah tontonan setakat ini artikel ini ditulis.

Difahamkan, kemalangan itu berpunca daripada foodrider berkenaan yang menukar laluan di sebelah kanan jalan secara tiba-tiba dan menyebabkan mangsa yang berada di belakangnya hilang kawalan sebelum terjatuh.

Sedar akan kejadian itu, penunggang p-hailing terbabit membuat pusingan-U untuk memberi bantuan namun dia kemudiannya dimarahi atas kesalahan dilakukan.

Tanpa berfikir panjang, mangsa yang terjatuh terus menampar penunggang tersebut susulan kejadian yang terjadi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan kecaman susulan video tersebut.

Wan Amirul berpendapat, satu sifat yang bagus ditunjukkan penunggang p-hailing itu kerana masih ingin membantu.

“Dah patah balik pun dikira bagus sekurang-kurangnya bertanya khabar dan sebagainya walaupun bukan salah penunggang p-hailing itu,” katanya.

“Berdasarkan undang-undang, kedua-duanya tidak bersalah namun mereka perlu peka dengan pergerakan penunggang lain sama ada nak membelok ataupun jalan terus,” jelas Adnan Ahmad.

“Bukan salah penunggang Foodpanda itu, mangsa sepatutnya berada di lorong tengah sekiranya mahu berjalan terus,” tambah Azani Zain.

Tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan berlaku dalam kemalangan tersebut dan isu itu diselesaikan dengan cara baik oleh kedua-dua pihak. — Majoriti

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.