Dikhabarkan ini adalah rakaman video Majlis Ramah Mesra Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan dimana isi ucapan ceramahnya antara lain mengutuk Presiden PAS, SUA PAS dan Timbalan Menteri Agama PAS.

Dalam video itu, pemimpin Umno terbabit dianggap cuba memperlekehkan TG Haji Abdul Hadi apabila mengajuk suara Presiden PAS itu dalam loghat Terengganu sebelum mengeluarkan perkataan ‘barua’.

Video itu dipercayai dirakam pada Majlis Ramah Mesra Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan bersama Jawatankuasa Pentadbir UMNO Bahagian Tanah Merah di sebuah resort di Tanah Merah, 6 April, baru-baru ini.

Dalam video sama, pemimpin Umno terbabit juga dilihat cuba memperlekehkan Pas berkaitan RUU 335 selain mempersendakan Setiausaha Agung Pas, Dato Takiyuddin Hassan berhubung usul rang undang-undang tersebut di Parlimen.

Betul lah orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya – acm.

Mohon pihak berkenaan memberikan respon dan penjernihan demi keabsahan dan kebenaran.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.