Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang berkopiah yang berada dalam lingkungan usia 50 tahun telah datang ke sebuah kedai telefon bimbit untuk menjual telefon bimbit berjenama Nokia.

Tetapi, pekerja wanita tersebut memberitahu bahawa mereka tidak menerima handphone model lama itu sebelum bertanya tujuan sebenar pak cik itu menjual telefon bimbit berkenaan.

“Telefon ni kami tak ambil pakcik, jenis lama ni. Sebab apa pakcik nak jual?,” jelas wanita itu.

Bagaimanapun, disebabkan telefon bimbit itu adalah model lama wanita itu tidak dapat membeli dengan harga yang tinggi, namun, pakcik itu memberitahu bahawa dia hanya memerlukan RM20 demi membeli beras.

Melalui sebuah video berlainan, dapat dilihat wanita yang bekerja di kedai telefon bimbit itu telah menghulurkan bantuan terhadap pak cik itu dengan memberikan wang ringgit sebanyak RM300.

Walaubagaimanapun, difahamkan pemilik TikTok tersebut telah memaklumkan yang video tersebut adalah sekadar konten yang sengaja dibuat, bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Semoga dipermudahkan urusan pakcik dunia akhirat” – Netizen.

“Semoga dipermudahkan urusan pakcik dunia akhirat” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat keadaan pak cik itu yang terdesak sampaikan sanggup menjual telefon berkenaan dan ada juga di antara mereka yang mahu membantu pak cik tersebut.

Screenshot 2 11

Sedih! Semoga pak cik ni dipermudahkan segala urusan. Lobak Merah

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *