TIGA cedera selepas sebuah trak terjatuh dari tanjakan (ramp) dan terhempas di sebuah lebuh raya di Los Angeles County, California.
Nahas itu berlaku di persimpangan antara Lebuhraya 14 dan 5 di Santa Clarita, sekitar pukul 7.30 pagi Jumaat.

Kemalangan tersebut yang berlaku pada waktu hujan melibatkan sebuah treler dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Menerusi video tular, trak terbabit pada mulanya tergelincir dan terjatuh dari tanjakan, sebelum menghempap SUV yang berada di bawahnya.

Sebelum berdepan dengan nahas bersama trak itu, SUV terbabit dipercayai mengalami kemalangan dengan kenderaan lain.

Kira-kira dua kenderaan penguatkuasa berada di lokasi dan mengawal lalu lintas di lorong kiri.

Pihak bomba mengesahkan, dua mangsa sedang dirawat di hospital selepas trak tersebut terjatuh, manakala seorang lagi juga dibawa ke tempat sama akibat kemalangan sebelum ini.

Tiada sesiapa berada di dalam trak atau SUV ketika trak tersebut menghempap kenderaan lain, kata pegawai polis.

Pihak berkuasa berkata, cuaca tidak menentu bukan faktor utama dalam nahas tersebut. — Agensi

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *