SEORANG penunggang motosikal mengalami kecederaan parah apabila kakinya terputus selepas terlibat dalam satu kemalangan tragis di Kuala Krai, Kelantan pada Isnin.

Kemalangan terbabit berpunca daripada sebuah kereta yang didakwa menyalahi undang-undang jalan raya apabila cuba membuat pusingan U di laluan tidak sepatutnya.

Dikongsikan menerusi rakaman kamera litar tertutup CCTV di jalan berkenaan, video itu tular dan hangat diperkatakan netizen di laman Facebook.

Dalam video itu, penunggang terbabit dilihat memandu dengan laju di sebelah lorong kanan sebelum dihimpit kenderaan tersebut yang cuba membuat pusingan U di laluan terbabit.

Akibat daripada insiden itu, mangsa tercampak ke arah bertentangan dan kakinya dilaporkan terputus di lokasi kejadian.

Menurut orang ramai di lokasi kejadian, pemandu kereta itu seharusnya dipersalahkan kerana membuat pusingan U di laluan yang salah.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *